Kamis, 10 September 2009

Renungkanlah !! Fikirkanlah !!


Ada satu lautan batin
Dalam diri bermastautin
Sangat dalam sangat luas
Hingga tidak terbatas
Itulah dia lautan hidup
Pancaran dari Tuhan Yang Maha Hidup

Hidup diri laksana lautan
Ombak dan gelombangnya itulah perasaan
Kejadian dan suasana ibarat tofan
Dari luar dan dari dalaman

Bila tofan datang melanda
Ombak dan gelombang Merajalela
Terasalah laut tidak Tenang
Diri pun tidak terasa tentram

Diri itu hidup
Hidup dari Yang Maha Hidup
Bila lautan diri bergejolak
Ombak Merajalela
Sengsaralah diri rasanya
Makan tak kenyang, tidur tak Nyeyak

Kalau orang dilanda cinta
Berpisah itu ibarat nerakanya
Kalau bersama ibarat syurga
Kalau berpisah seperti azab sengsara
Kalau berpisah resah gelisah, merana
Termenung di sini, termenung di sana..

Kalau berjumpa rasa gembira
Lupa yang lain, kekasihnya saja dipandangnya
Kalau gelombang itu rasa takut
Muka pucat Dahi Terkerut
Tidak tentu apa disebut
Akal fikiran kusut musut
Berbagai-bagailah perasaan

Pasang surut laksana gelombang di lautan
Melanda diri setiap insan
Itulah lautan hidup punya kegiatan
Gelombang dan ombak kegiatan lautan
Kegiatan hidup ialah perasaan
Lautan dengan ombak gelombangnya
Hidup diri dengan perasaannya

Ada perasaan yang menyenangkan
Ada perasaan yang menyusahkan
Perasaan menyenangkan ibarat syurga
Perasaan menyusahkan ibarat neraka

Jangan biarkan lautan bergelora
Nanti bahteramu mendapat celaka
Tenteramkan lautan diri dengan ZIKRULLAH
Kembali menghadapkan jiwa kepada ALLAH
DariNya terbit segala sesuatu
Kembalinya pun kepada Dia Yang Satu
Datangnya dari Dia, kembalipun kepada Dia
Kita hanya pentas lakunan saja...
Dari lautan kembali ke lautan
Tempat lakunnya di diri insan

Semua kejadian ada hikmahnya
Untuk mengajar kita semua
Belajarlah melalui perasaan
Lebih melekat lebih berkesan
Pandanglah semua itu dari Tuhan
Tuhan yang bersifat Al-Rahman

Ingatlah kepadaNya Tuhan Semesta
Itulah cara mententeramkan jiwa
Apabila ZIKRULLAH betul-betul mantap
Jadilah lautan jiwa tenteram tetap
Pandanglah Allah Tuhan Segala
DariNya sumber segala-gala

Ridhalah dengan takdirNya
Nescaya engkau pula diredhaiNya
Saling redha meredhai
Nafsul Mutmainnah di diri

Kembali ke hadrat Allah dalam hati
Jangan ditunggu bila mati
Kembali sekarang juga di sini
Jangan ditunggu selepas mati
Apabila hati sudah aman
Apabila jiwa rasa tenteram
Itulah menunjukkan ZIKRULLAH berkesan
Tidak sia-sia latihan kau lakukan

Apabila hati aman tenteram
Itulah syurga dalam alam
ZIKRULLAH itu amat besar faedahnya
Di sisi Allah amat besar ganjarannya
Menjadikan kau hamba Allah sejati
Menjadikan kau hamba Allah hakiki

Ingatlah Allah di mana saja
Walau masa gelisah, walau masa selesa
Ingat kepadaNya sentiasa
Kembalikan hati kepadaNya sentiasa
Itulah ubat perasaan kecewa
Itulah ubat perasaan apa saja..

Yang paling utama ketenteraman jiwa
Itulah syurga di dunia
Jangan campakkan diri ke neraka dunia
Kelak kau juga akan sengsara
Ubatlah jiwa dengan ZIKRULLAH
Kembalikan hati kepada ALLAH........


-Dipetik daripada: Pandangan Jiwa Kesufian-


0 komentar: